16 Mei 2021, Bahagian Pendidikan JAIPk mengucapkan "Selamat Hari Guru", kepada semua guru di bawah naungan JAIPk.
"Berguru demi ilmu, bina generasi baharu".
#terimakasihcikgu
13 April 2021, Pelancaran Ihya’ Ramadan ini bertemakan “Madrasah Ramadan, Marhalah Maghfirah bertempatkan di Surau Al-Furqan bermula jam 10.00 pagi. Program ini dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Tn Pengetua dan diserikan dengan persembahan montaj pelancaran dan tayangan video.
Antara program yang akan dilaksanakan sepanjang adalah seperti berikut :
1) Pelancaran Ihya’ Ramadan
2) Tadarus Al-Quran Jamai’e
3) MUNAJAT
4) IQRA’
5) Kuiz Ramadan
6) Infaq Ramadan
7) Ceramah Nuzul Quran
8 ) Sketsa Ramadan
9) FAZAKKIR
10) Program Imam Muda
11) Iftar Perdana
12) Majlis Khatam Al-Quran
13) Gema Takbir
14) Program Penutup Ihya’ Ramadan
Diharapkan program ini dapat memberi kesan yang mendalam kepada warga SMTDR Lenggong khasnya murid-murid dalam menghayati bulan Ramadan yang mulia dan mengamalkan segala amalan yang wajib dilaksanakan dengan sempurna dan disertai dengan amalan sunat yang dapat mendekatkan diri kepada Allah seterusnya untuk mencari keredhaanNya di dunia dan di akhirat. Insyaallah.
#IHTIRAM’21
4 April 2021 - Kesemua pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah telah kembali ke asrama (kecuali tingkatan 1 pada 8 April 2021). Sesi kali ini adalah secara drive-thru bermula dengan mengimbas Mysejahtera, imbasan suhu dan ibubapa/penjaga diberikan masa untuk menurunkan pelajar dan seorang waris berserta barangan keperluan di perkarangan asrama, kemudian kenderaan diletakkan di kawasan parkir di luar sekolah. Alhamdulillah berjalan lancar. Terima kasih kepada ibubapa/penjaga yang memberikan kerjasama serta guru dan pelajar yang bertugas pada hari ini. Selamat Kembali Ke Sekolah Raja Perempuan Taayah.